Gagal Memainkan Fail MP3 Pada Browser Dengan HTML5

Dalam projek Muraii.com – Panduan Penentuan Waktu Solat Mengikut Lokasi (Latitud & Longitud) Melalui Peta Google Map, saya telah memasukkan alert laungan azan menggunakan fail mp3. Apabila telah masuk waktu bagi kawasan yang dipilih pengguna, azan secara automatik akan dimainkan. Nampak tiada masalah.

Kini, atas sebab tertentu, saya memindahkan aplikasi tersebut ke domain & hosting yang baru. Saya letakkan keseluruhan aplikasi tersebut di http://sempoi.me. Namun apa yang terjadi, fail azan dalam format mp3 tersebut tidak dapat dibaca apabila telah masuk waktu solat.

Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan HTML5 untuk embed fail mp3 azan berkenaan. Ia mungkin berkaitan dengan perbezaan setting pada server (apache) yang digunakan oleh pihak penyedia hosting tersebut & menyebabkan server tersebut tidak mengenali format audio yang perlu dimainkan.

Sebagai penyelesaiannya, saya perlu melakukan sesuatu supaya server tersebut mengenali fail audio yang digunakan. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah kod di bawah ke dalam fail .htaccess anda.

# AddType TYPE/SUBTYPE EXTENSION
AddType audio/mpeg mp3
AddType audio/mp4 m4a
AddType audio/ogg ogg
AddType audio/ogg oga
AddType audio/webm webma
AddType audio/wav wav

Untuk lebih kefahaman, anda boleh rujuk laman web ini http://html5doctor.com/html5-audio-the-state-of-play/ kerana saya juga membuat rujukan darinya.